Thursday 7 June 2012 0 comments

MATEMATIK TINGKATAN 1

KLIK PADA LINK UNTUK MELIHAT VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN TAJUK...
Mudah-mudahan video-video yang ditunjukkan boleh membantu dalam pembelajaran Matematik anda. Terima kasih kepada penyumbang video-video yang berkenaan. Hanya tuhan mampu membalas jasa kalian...

1. Nombor Bulat
3. Pecahan
4. Perpuluhan
5. Peratusan
6. Integer
7. Ungkapan Algebra
8. Ukuran Asas
9. Sudut dan Garis
10. Poligon
11. Perimeter dan Luas
12. Pepejal Geometri
Tuesday 22 May 2012 0 comments

PERTANDINGAN INFO SAINS DAN MATEMATIK ANTARA KELAS SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012


LATAR BELAKANG PERTANDINGAN  

Ø    MATLAMAT  :

Mewujudkan kelas yang bermaklumat khususnya maklumat berkaitan mata pelajaran Sains dan Matematik.

Ø    PENYERTAAN :

Semua kelas daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Ø    TARIKH PERTANDINGAN :

Sepanjang Minggu Sains dan Matematik dijalankan ( 10 Jun – 14 Jun 2012 )

Ø    GURU PENYELARAS

Puan Sabariah binti Ismail

Ø    KATEGORI PEMILIHAN

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kriteria berikut :

1.          Sudut Info Sains dan Matematik yang lengkap
2.          Maklumat adalah relevan
3.          Sesuai dengan mata pelajaran Sains dan Matematik
4.          Hiasan yang cantik
5.          Hiasan yang kreatif

0 comments

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR TAHUN 2012



1.0     PENDAHULUAN :

Bidang Sains dan Matematik SMK Langgar terdiri daripada panitia Sains, panitia Matematik dan panitia Matematik Tambahan.

Pada tahun ini, panitia-panitia di bawah bidang Sains dan Matematik akan meneruskan lagi program tahunan panitia dengan mengadakan program Minggu Sains dan Matematik kali yang ketiga. Jika dua tahun sebelumnya, panitia Sains dan Matematik mengadakan program ini selama sebulan, namun, atas faktor kekangan masa, maka pada tahun ini panitia mengadakan program ini selama seminggu sahaja.

Walaubagaimana pun, sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang secara sistematik bagi mengisi hari-hari sepanjang minggu Sains dan Matematik tersebut diadakan.
  
2.0     PENGHAYATAN PIPP :

        2.1    Membina negara bangsa
        2.2    Membangunkan modal insan
  
3.0     MATLAMAT :

Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.  

4.0     OBJEKTIF :

Objektif diadakan program Bulan Sains dan Matematik ini ialah untuk :

4.1    Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4.2        Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.

4.3        Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.

4.4        Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

4.5        Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.6        Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.

4.7        Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.
  
5.0  TEMA :

Pemilihan tema Minggu Sains dan Matematik akan diputuskan menerusi pertandingan Mencipta Tema Minggu Sains dan Matematik yang penyertaannya terbuka kepada seluruh warga SMK Langgar.
            
6.0     KUMPULAN SASARAN :

           Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar.    

7.0    TARIKH PELAKSANAAN :

           10 Jun 2012 sehingga 14 Jun 2012
           ( Ahad – Khamis )
0 comments

PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012



Panitia Sains dan Matematik akan mengadakan program tahunan panitia iaitu Minggu Sains dan Matematik bermula selepas cuti Pertengahan Tahun iaitu pada 10 – 14 Jun 2012.

Jika pada tahun-tahun sebelumnya, panitia telah memilih tema yang bersesuaian bagi menepati matlamat dan objektif diadakan Minggu Sains dan Matematik. Pada tahun lepas tema yang dipilih ialah Sains dan Matematik teras kemajuan negara.

Pada tahun ini, selaras dengan matlamat panitia supaya seluruh warga SMK Langgar membuka mata dan minda untuk sama-sama menjayakan program yang bakal kami adakan menjelang bulan Jun nanti, maka kami mengadakan Pertandingan memilih tema sempena Minggu Sains dan Matematik.

Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua warga SMK Langgar termasuk semua guru dan pelajar.



Tema yang dipilih perlulah menepati kriteria atau syarat-syarat berikut :

1.   Konsep tema :
Kepentingan IT dalam Sains dan Matematik.

2.   Tidak melebihi 8 patah perkataan

3.   Tarikh tutup  penyertaan :  24 Mei 2012

4.   Guru Penyelaras :  Puan Normasitah bt Khamin

Hadiah yang menarik dan lumayan disediakan kepada seorang pemenang. Tema yang dipilih sebagai pemenang akan diangkat menjadi tema Minggu Sains dan Matematik pada tahun ini. Seterusnya, tema tersebut akan dicatat pada banner dan akan dipamerkan sepanjang Minggu Sains dan Matematik tersebut diadakan.
0 comments

PERTANDINGAN REKACIPTA BUKU SKRAP SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.   TAJUK BUKU SKRAP  :
MY IDOL

- My Idol bermaksud Idola Saya.... Tokoh dalam bidang Sains dan Matematik yang menjadi idola anda untuk meminati bidang Sains dan Matematik.

2.   Tarikh tutup  penyertaan 14 JUN 2012

3.   Guru PenyelarasPN ASLINA BINTI ASMUNI

4.   Buku Skrap MY IDOL ini disediakan dalam bentuk slaid POWERPOINT. Tidak perlu print bahan tersebut tetapi hanya hantar melalui email atau pen drive. ( Sila berjumpa dengan PUAN ASLINA BT ASMUNI untuk maklumat lanjut )

       Buku Skrap yang dipilih sebagai pemenang akan ditayang kepada semua guru dan pelajar semasa Majlis Penutup Minggu Sains dan Matematik.

2.   FORMAT / ISI KANDUNGAN FOLIO :

- Isi kandungan Buku Skrap mesti mengandungi sekurang-kurangnya maklumat berikut :

i.                    PENGHARGAAN
ii.                  ISI KANDUNGAN
iii.                BIODATA TOKOH ( MY IDOL )
iv.                KENAPA TOKOH DIPILIH SEBAGAI IDOLA ANDA
v.                  SUMBANGAN TOKOH DALAM BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
vi.                CITA-CITA ATAU IMPIAN ANDA UNTUK MENGIKUT JEJAK LANGKAH TOKOH YANG DIPILIH
vii.              GAMBAR-GAMBAR / VIDEO YANG MENARIK
viii.            PENUTUP

-   Markah bonus akan diberi jika ada tambahan isi kandungan yang kreatif (selain daripada di atas )
0 comments

JOM JOIN DAN MENANGI HADIAH MENARIK


MINGGU SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2012

ADA LAGI PERTANDINGAN LAIN....NAK MASUK??? SILA BACA INFO DI BAWAH...!!!!



EXPLORACE ( JEJAK SAINS  MATE ) 
TARIKH PERTANDINGAN : 12 JUN 2012
**Bagi nama pada PN RUHANA & PN ZALINDA
 




PUISI SAINS                                                       TARIKH PERTANDINGAN : 12 JUN 2012

***Bagi nama pada PN NAZZATUL & PN SABARIAH















 


KITAR SEMULA KALI KE-3                   TARIKH KUTIPAN : 12 JUN 2012
Bawa lah surat khabar/kertas/tin/aluminium/ kotak minuman/besi/botol mineral....kita JUAI!!
 


0 comments

AKTIVITI-AKTIVITI BULAN SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2012


AKTIVITI-AKTIVITI
BULAN SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2012


10 JUN – 14 JUN 2012




BIL



AKTIVITI

PENYERTAAN

PENYELARAS

TARIKH

1

Perasmian Minggu Sains dan Matematik 2012



Semua pelajar

Pn Syahrul Azrin bt Ghafar
Pn Sabariah bt Ismail
En Ahmad Nizar bin Abd Hamid

10 Jun 2012
( waktu perhimpunan )

2

Pelancaran Blog Sains dan Matematik


Semua pelajar

Pn Syahrul Azrin bt Ghafar
En Mohamad bin Md Noor

10 Jun 2012    
( waktu perhimpunan )


3

Pertandingan Mencipta Tema Minggu Sains dan Matematik 2012


Semua guru dan pelajar

Pn Nor Masitah bt Khamin

10 Mei –24 Mei 2012

4

Jejak SAINS & MATE


Terbuka
( berkumpulan – 5 orang )


Pn Ruhana bt Ngatni
Pn Zalinda bt Abd Aziz

12 Jun 2012
( Aktiviti Kokurikulum )


5

Pertandingan Kuiz Antara Rumah Sukan



5 orang bagi setiap rumah sukan

En Ahmad Nizar bin Abd Hamid
Pn Nor Masitah bt Khamin
Pn Norzihan bt Md Isa

12 Jun 2012
( Aktiviti Kokurikulum )

7

Demontrasi Pusat Sains Negara



Semua pelajar

Pn Suhaina bt Ismail
Pn Norzihan bt Md Isa

14 Jun 2012
( 11.00 pg – 2.00 ptg )

8.

Jom ke Makmal Sains Anda
- Pameran
- Pertandingan
- Kenali Alatan Makmal
- Demontrasi Sains
- Permainan Matematik


Semua warga SMKL

En Mohamad bin Mohd Noor
Pn Nor Zamzila bt Ahmad
Pn Rosemini bt Mahmud
Pn Zalinda bt Abd Aziz
Pn Ruhana bt Ngatni
Pn Suhaina bt Ismail
Pn Normasitah bt Khamin
Pn Nazzatul Asyikin bt M Najib


14 Jun 2012
 ( Aktiviti Kokurikulum )

BIL



AKTIVITI

PENYERTAAN

PENYELARAS

TARIKH

9

Math’s Puzzle



Berkumpulan      ( 3 orang satu kumpulan )

Pn Hanizah bt Md Noor



12 Jun 2012
( Aktiviti Kokurikulum )


10

Pertandingan Info Sains dan Matematik antara kelas


Terbuka antara kelas

Pn Sabariah bt Ismail

10 Jun-14 Jun 2012

11

Rekacipta Buku Skrap     ” My Idol ”



Semua pelajar
( Individu / kumpulan )

Pn Aslina bt Asmuni

10 Jun-14 Jun 2012

12

Go Green Our School



Semua guru dan pelajar

Pn Nor Zamzila bt Ahmad
Pn Suhaina bt Ismail

12 Jun 2012
( 8.00 – 9.00 pagi )


13

Puisi Sains



Semua pelajar     ( Individu / kumpulan )

Pn Nazzatul Asyikin bt Mohd Najib

12 Jun 2012
( Aktiviti Kokurikulum )


14


Kuiz Terkumpul Harian

Terbuka kepada semua pelajar


Pn Nor Zamzila bt Ahmad
Pn Aslina bt Asmuni

10 Jun-14 Jun 2012

15

Uji Minda



Terbuka kepada semua pelajar

En Mohamad bin Mohd Noor
Pn Rosemini bt Mahmud

11 Jun 2012
( 7.40 – 8.20 pagi )


 
;