1.0
PENDAHULUAN :
Bidang Sains dan
Matematik SMK Langgar terdiri daripada panitia Sains, panitia Matematik dan
panitia Matematik Tambahan.
Pada tahun ini,
panitia-panitia di bawah bidang Sains dan Matematik akan meneruskan lagi program tahunan panitia dengan mengadakan program Minggu
Sains dan Matematik kali yang ketiga. Jika dua tahun sebelumnya, panitia Sains dan Matematik mengadakan program ini selama sebulan, namun, atas faktor kekangan masa,
maka pada tahun ini panitia mengadakan program ini selama seminggu sahaja.
Walaubagaimana pun, sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti
telah dirancang secara sistematik bagi mengisi hari-hari sepanjang minggu Sains
dan Matematik tersebut diadakan.
2.0
PENGHAYATAN PIPP :
2.1 Membina negara bangsa
2.2 Membangunkan modal insan
3.0
MATLAMAT :
Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat
pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai mata
pelajaran yang sukar dan membosankan.
4.0 OBJEKTIF :
Objektif diadakan program Bulan Sains dan Matematik ini
ialah untuk :
4.1 Meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Langgar dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah
atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
4.2
Membuang tanggapan
bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat
menarik untuk dipelajari.
4.3
Memberi pengalaman
menarik kepada pelajar melakukan hands-on
experiment melalui aktiviti yang dijalankan.
4.4
Menjana minda kreatif
dan inovatif dalam kalangan pelajar.
4.5
Mengaplikasikan ICT
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.6
Memupuk kesedaran
pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai
murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
4.7
Memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu
membantu.
5.0 TEMA :
Pemilihan tema Minggu Sains dan Matematik akan
diputuskan menerusi pertandingan Mencipta Tema Minggu Sains dan Matematik yang
penyertaannya terbuka kepada seluruh warga SMK Langgar.
6.0 KUMPULAN SASARAN :
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar.
7.0 TARIKH
PELAKSANAAN :
10 Jun 2012 sehingga 14 Jun 2012
( Ahad – Khamis )