Tuesday 22 May 2012

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR TAHUN 2012



1.0     PENDAHULUAN :

Bidang Sains dan Matematik SMK Langgar terdiri daripada panitia Sains, panitia Matematik dan panitia Matematik Tambahan.

Pada tahun ini, panitia-panitia di bawah bidang Sains dan Matematik akan meneruskan lagi program tahunan panitia dengan mengadakan program Minggu Sains dan Matematik kali yang ketiga. Jika dua tahun sebelumnya, panitia Sains dan Matematik mengadakan program ini selama sebulan, namun, atas faktor kekangan masa, maka pada tahun ini panitia mengadakan program ini selama seminggu sahaja.

Walaubagaimana pun, sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang secara sistematik bagi mengisi hari-hari sepanjang minggu Sains dan Matematik tersebut diadakan.
  
2.0     PENGHAYATAN PIPP :

        2.1    Membina negara bangsa
        2.2    Membangunkan modal insan
  
3.0     MATLAMAT :

Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.  

4.0     OBJEKTIF :

Objektif diadakan program Bulan Sains dan Matematik ini ialah untuk :

4.1    Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4.2        Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.

4.3        Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.

4.4        Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

4.5        Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.6        Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.

4.7        Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.
  
5.0  TEMA :

Pemilihan tema Minggu Sains dan Matematik akan diputuskan menerusi pertandingan Mencipta Tema Minggu Sains dan Matematik yang penyertaannya terbuka kepada seluruh warga SMK Langgar.
            
6.0     KUMPULAN SASARAN :

           Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar.    

7.0    TARIKH PELAKSANAAN :

           10 Jun 2012 sehingga 14 Jun 2012
           ( Ahad – Khamis )

0 comments:

Post a Comment

 
;