Tuesday 22 May 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012



Panitia Sains dan Matematik akan mengadakan program tahunan panitia iaitu Minggu Sains dan Matematik bermula selepas cuti Pertengahan Tahun iaitu pada 10 – 14 Jun 2012.

Jika pada tahun-tahun sebelumnya, panitia telah memilih tema yang bersesuaian bagi menepati matlamat dan objektif diadakan Minggu Sains dan Matematik. Pada tahun lepas tema yang dipilih ialah Sains dan Matematik teras kemajuan negara.

Pada tahun ini, selaras dengan matlamat panitia supaya seluruh warga SMK Langgar membuka mata dan minda untuk sama-sama menjayakan program yang bakal kami adakan menjelang bulan Jun nanti, maka kami mengadakan Pertandingan memilih tema sempena Minggu Sains dan Matematik.

Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua warga SMK Langgar termasuk semua guru dan pelajar.



Tema yang dipilih perlulah menepati kriteria atau syarat-syarat berikut :

1.   Konsep tema :
Kepentingan IT dalam Sains dan Matematik.

2.   Tidak melebihi 8 patah perkataan

3.   Tarikh tutup  penyertaan :  24 Mei 2012

4.   Guru Penyelaras :  Puan Normasitah bt Khamin

Hadiah yang menarik dan lumayan disediakan kepada seorang pemenang. Tema yang dipilih sebagai pemenang akan diangkat menjadi tema Minggu Sains dan Matematik pada tahun ini. Seterusnya, tema tersebut akan dicatat pada banner dan akan dipamerkan sepanjang Minggu Sains dan Matematik tersebut diadakan.

0 comments:

Post a Comment

 
;